Tajuk: Wisdom of Near Death Experiences: How Understanding NDEs Can Help Us Live More Fully
Penerbit: WATKINS PUBLISHING LONDON
Penulis: Dr Penny Sartori. Penny Sartori PhD, RGN is an expert in Near-Death Experiences and undertook the UK's first long-term prospective study. She is the author of The Near-Death Experiences of Hospitalized Intensive Care Patients: A Five Year Clinical Study and lectures both nationally and internationally. She currently teaches two courses she has written entitled Death and Dying as Spiritual Transformation and Science, Spirituality and Health at Swansea University. She lives in UK.
Buku ni aku dapat waktu pertukaran hadiah daripada one of my classmate, so tak sure harga dia. Boleh dapatkan kat kedai buku di KL Sentral. Tapi buku ni aku rasa memang meninggalkan kesan yang mendalam. Bahasa yang jelas dan mudah difahami. Okay. Buku ni cerita pasal apa? Buku ni actually research yang dijalankan oleh seorang profesor luar negara tentang 'near death experience'. Sebab aku rasa buku ni sangat best, so post ni mungkin panjang sikit.
Dr ni buat kajian,beliau interview orang yang berjaya 'survive' daripada saat-saat kematian. Dalam erti kata lain, orang yang berjaya melepasi saat-saat kritikal dia. Dan ada juga pesakit yang dah 'mati' tapi hidup semula ( jantung dah berhenti berdegup buat seketika) atau yang sedar daripada koma. Apa yang mereka rasai dan alami sepanjang saat-saat tersebut.
Chapter 1: The-Near Death Experience.
Dalam first chapter, diterangkan apa yang dimaksudkan dengan NDE, contoh-contoh kes dan difokuskan juga tentang komponen-komponen NDE. Antara komponen-komponen NDE yg dilaporkan:
-Noise
As the person 'leaves' the body they may report hearing a buzzing, whistling, humming sound or click.
-The Out-of-Body Experience (OBE)
People report suddenly being drawn upwards out of their body and finding themselves at a point close to the ceiling, above the emergency situation, looking down at themselves.
Ada contoh tentang seorang wanita yg baru lps lepas kemalangan, di masukkan ke ruang emergency, dia mengalami kecederaan yg sangat teruk. Mula-mula, dia dapat rasa kesakitan tu, tapi tiba-tiba dia rasa badannya terapung ke atas, berdekatan dgn syiling. Segala kesakitan tiba-tiba hilang. Yang menakjubkan, dia dapat lihat dirinya dan doktor-doktor yang sedang berusaha untuk menyelamatkannya.dan lebih menarik lagi, dia dapat dengar setiap kata-kata dan perbuatan doktor dalam bilik resutasi tersebut. Bila dia menceritakan kepada doktor, memang setiap perkara yg dia' describe' memang betul-betul berlaku. Subhanallah.
-The Tunnel/Darkness/Light
Not all people report a tunnel. The person may be propelled very quickly through or just gently float through. At the end of the darkness is a bright light that usually gets brighter. Despite the brightness is a bright light that usually gets brighter.
Banyak contoh yg psl dark tunnel ni. Yg aku paling ingat, ada remaja perempuan yg mengalami komplikasi waktu melahirkan anak, dia dapat rasakan dia terapung, masuk ke dalam sesuatu seakan-akan terowong yang gelap tapi dihujungnya ada satu cahaya yang sangat terang tapi tak menyakitkan mata. Di hujungnya, dia dapat lihat satu pemandangan yang sangat indah. Pohon rumput yang menghijau, langit yang membiru, taman-taman yang dipenuhi bunga-bunga yang sangat cantik dan terang warnanya, dan warna-warna itu tidak dapat dilihat di dunia. Juga ada pondok-pondok tempat berehat. Waktu ni, memang aku rasa menakjubkan, teringat tentang ciri-ciri dan nikmat syurga yang Allah nyatakan dalam surah al-Waqiah. Juga surah-surah yang lain dalam al-Quran.
- The Life Review
During the life review living images of a person's life are literally played out and relieved from a third-person perspective. It is described people as panoramic and everything occurs at once.
Contohnya, mereka dipaparkan dengan setiap peristiwa penting dan berbuatan yg mereka buat atau berlaku dalam hidup. Bagai ada satu LCD projector yg memarkan setiap kisah hidup kita, dalam bentul holografik. Satu persatu secara rawak.
Bila baca ni, aku terbayang, waktu kita dibangkitkan, semua perbuatan kita akan dilayarkan semula. Semua perbutan yang kita lakukan di dunia. Allahuakbar,
Banyak lagi komponen atau ciri-ciri NDE yang dinyatakan, macam seseorang tu nampak seorang lelaki berjanggut yg dipercayai sebagai 'Jesus' (mengikut kepercayaan mereka), yang tidak nampak dengan jelas mukanya, juga berjumpa dengan ahli keluarga atau saudara yg sudah mati. Mereka memberi nasihat dan menyatakan "its not your time yet', " you must go back", " you still have the responsible that you must finish".
Chapter 2: The After Effects of NDE
Dalam bab ni, diceritakan kesan-kesan NDE kepada pesakit. NDE meninggalkan kesan yang jelas, kerana ia bukannya satu mimpi, kerana ia kekal dalam ingatkan. Ada yang umurnya 95 tahun masih boleh cerita satu persatu kisah NDE yang dihadapinya waktu umur 25 tahun. Ada yang selepas menghadapi NDE, menjadi tidak takut dengan kematian, sebab dia nampak nikmat selepas kematian itu. Ada yang tak boleh mendekati peralatan elektrik, ada yang rasa lebih bersemangat untuk hidup, dan ada juga yang asalnya tidak percaya hidup selepas mati dan tuhan (atheist), mula mencari agama dan banyak lagi.
Chapter 3: Childhood NDEs
Chapter 4: Cultural Variations of the NDE
Chapter 5: End-of-Life Experiences and After Death Communication
Chapter 6: Proposed Physiological and Physiological Explanations for the NDE
Chapter 7: A-Five year Prospective Study of NDE.
Chapter 8: A Brief History of the Medication of Death
Chapter 9: Implications for A greater understanding and Acknowledgment of NDEs
Chapter 10: Conclusion
'The NDE is not really about Death but about life. It can, and has inspired others who had not had any kind of transcendent experience to carry out the massage and mandate of the light by living lives of love'
-Charles Flynn-
Banyak lagi yang dibincangkan dalam bab-bab seterusnya, NDE di kalangan kanak-kanak. NDE yang berlaku pada berlainan negara dan agama, kemungkinan faktor-faktor NDE seperti kekurangan oksigen dan gas karbon dioksida dalam badan, pengaruh dadah dan sebagainya. Kalau berminat, memang perlu baca buku ni.
Pengajaran buku.
1) Wujudnya roh di dalam badan.
2) Hidup selepas mati itu memang wujud.Tak boleh disangkal lagi. Adanya nikmat Syurga dan seksaan Neraka. Buatlah amalan baik selagi kita hidup sebagai bekalan di alam sana.
3) Ajal maut sudah ditentukan Allah sejak azali. Bila tiba masa yang sepautnya, kita akan kembali kepada Allah. Maka beruntunglah sesiapa yang sering mengingati mati.
4) Setiap amalan yang kita lakukan akan dicatat, dan ditayangkan semula di waktu kita dibangkitkan. Bertaubatlah sebelum terlambat. Sesungguhnya MATI ITU PASTI.
Sesiapa yang masih ada ragu tentang kehidupan selepas mati, WAJIB baca buku ni. Rasailah pengalaman pesakit-pesakit yang telah mengalami sesuatu yang mungkin kita rasa tidak logik.Terapung di udara melihat diri sendiri, dapat melihat dan berjumpa dengan keluarga yang sudah mati, juga 'religion figure', dengan memaparkan lebih 100 kes yang dilaporkan sebagai bukti dan contoh. Juga disertakan penerangan secara saintifik dan dari sudut akademik.
The Wisdom of Near-Death Experiences
(extended version):
Aku tak pasti sama ada sudah ada ilmuan islam yang mengkaji pasal ni, tapi aku harap suatu hari nanti ada salah seorang profesor beragama Islam buat kajian dan bukukan pasal ni.
#Highly Recommended