Friday, 21 October 2016

COMBO AL-HIDAYAH 3



Merasa kecewa seolah2 tiada harapan?

Sehingga meragut ketenangan jiwa?

Buku2 yang membimbing penyucian diri serta memberi inspirasi dan menambah penghayatan dalam pembacaan Al Quran.

Harga Sebenar Buku:

1) Membaca Al Quran dengan Menangis =RM 5

2) Tazkiah An Nafs=RM6

3) 566 Kata- kata Hikmah: Jadilah Orang yang paling bahagia=RM10

Total= RM 21 Harga Selepas Diskaun 5%= RM19.95

TOTAL BERAT BUKU: 100g+100g+150g= 350g

Postage: *SM RM 7*
             *SS RM 11*

 *SINOPSIS 566 KATA-KATA HIKMAH JADILAH ORANG YANG PALING BAHAGIA*
( Dr Aidh Al Qarni)

Buku yang mengandungi 566 kata-kata hikmah daripada Dr Aidh Abdullah Al Qarni.

Ia sebagai motivasi kepada kehidupan seorang muslim di samping menjadikan syariat Allah sebagai pegangan hidup.

*SINOPSIS TAZKIAH AN-NAFS* (Ibnu Qayyim Al Jauziyyah )

Manusia terdiri daripada jiwa dan jasad. Sebagaimana jasad yang memerlukan makan dan minum, jiwa juga memerlukan santapan dan makanan. Keperluan ini hanya dapat dipenuhi dengan melakukan amalan-amalan hati sehingga mampu menjernihkan jiwa dan mensucikannya.

Buku ini membahaskan tentang amalan-amalan hati yang merupakan medium bagi penyucian jiwa (tazkiyatun nafs) seperti sabar, syukur, tawakkal, qanaah dan sebagainya. Ia juga membahaskan tentang cara-cara dan kaedah-kaedah penyucian diri daripada penyakit-penyakit hati seperti riyak, iri, hasad, 'ujub, sombong dan sebagainya.

Alangkah bahagianya mereka yang selalu memberikan santapan kepada jiwanya dan memberikan makanan bagi hatinya dengan petunjuk-petunjuk syarie; sehingga terbentuklah peribadi muslim yang bertakwa dan berakhlak mulia.

 *SINOPSIS MARI MEMBACA AL QURAN DENGAN MENANGIS* 
( Abdullah Al Qari Bin Haji Salleh )

Memuatkan kisah- kisah pembaca quran yang menangis serta ayat-ayat suci yang meledakkan kalbu insan.

No comments:

Post a Comment