Friday, 21 October 2016

COMBO PTS 2


Betul ke orang Malaysia ni rasis?

Bukan tu je.. ada kata pemalas nak usaha la.. smua nk mudah mcm ala2 mat jenin berangan je..

Ishh.. boleh caya ke .

Bahan bacaan santai yang membuka minda dan persepsi. Penulisan Saiful Nang yang bersahaja dan Dr Hayya Bilal yang tabah menghadapi kata2 masyarakat sekeliling hanya kerana bersuamikan negro.

Combo buku yang akan memberi 1001 iktibar dan pengajaran.

Harga Sebenar Buku:
1) Saiful Nang; Mat Jenin Sebenarnya Hero=RM 25

2) Laki Aku Negro=RM15


Total= RM 40 Harga Selepas Diskaun 5%= RM38

TOTAL BERAT BUKU: 400g+120g= 520g

Postage: *SM RM 7*
                *SS RM 11*

SINOPSIS SAIFUL NANG: MAT JENIN SEBENARNYA HERO* ( Saiful Nang)

Hari pertama saya enrol Ph.D. saya di UUM, bergaduh intelek pula saya dengan Prof. Zack semasa kelas Academic Writing. Dia kata jangan buat Ph.D. macam Mat Jenin jer. Saya angkat tangan dengan izin saya katakan, “Mat Jenin tidak salah… Mat Jenin adalah hero.”

Orang yang berimaginasi seperti Mat Jeninlah yang membangunkan negara dan bangsa. Cuma silap Mat Jenin ialah, bila bisnes ayam dia dah jadi sekandang kambing, bisnes kambing dia dah jadi sekandang lembu, dan bisnes lembu dia dah jadikan dia kaya-raya.. Satu-satunya perkara yang buat dia jatuh ialah.. Perempuan!!

Kalau dia tak berangan nak kahwin puteri raja dan nak peluk puteri raja tu, pasti dia tak jatuh pokok. Itu pelajaran bagi lelaki yang dah Berjaya sampai ke puncak (pokok kelapa), janganlah terbeli dengan godaan wanita. Ingatlah wanita di bawah pokok berbanding yang di atas pokok. Wanita di bawah pokok akan buat Mat Jenin naik ke atas pokok berusaha bekerja. Wanita atas pokok inilah yang buat Mat Jenin jatuh dan mati di tempat kejadian.


SINOPSIS LAKI AKU NEGRO* ( Dr Hayya Bilal)

“Tempat awak sejukkan. Kalau macam itu, kenapa awak hitam?” aku bertanya selamba.

Si Negro ketawa. (Apa punya soalan kurang ajar, agaknya).

“Kenapa awak tanya?”

“Yelah, bukankah awak hitam sebab cuaca di negara awak panas?” Hahaha. Si Negro ketawa lagi.

“Awak tak belajar geografi ke?”

“Hahahah...” Aku ketawa sebab terasa macam bodoh sangat.

“Belajar geografi masa dulu-dulu, tapi sudah lupa,” jawabku.

“Orang kulit gelap bukan sebab duduk di cuaca panas. Awak ingat kalau kita letak orang Melayu di tempat Eskimo 100 tahun, mereka akan jadi putih?”

*ISI KANDUNGAN*

Berkenal-Kenalan

Cinta Itu Aneh dan Dungu

Berkenalan dengan Negro

Makan Pisang

Kena Sebiji

Kenapa Negro Hitam

Mainan Gadis Bujang

Jatuh Tersuka

Kau Ingat Senang



Berkahwin

Jiran-Jiran Bombastik

Awal Perkahwinan

Makan Pisang Lenyek

Ada Aku Kisah?

Hak Bumiputera

Kisah dalam LRT

Gadis-Gadis Tidak Tahu Malu



Rasisme

Mengandung Anak Pertama

Anak Pan Afro Lawan Anak Pan Asia

Rambut Afro

Bibi Marah

Tak Suka

Anak Semua Bangsa



Balik Kampung

Persiapan Balik Kampung

Perjalanan ke Benua Afrika

Bertemu Keluarga Mentua

Rumah Mentua

Pisang Lenyek Original

Budaya Keluarga

Ninja Tandas

Garisan Khatulistiwa

Bapa Mentua

My Mukadday

Jackie Chan

Istiadat Perkahwinan

Tahun Kacang

Pasar Owino

Salam Lelaki Perempuan

Masuk Kampung Pedalaman

Belalang Goreng

Punca Sungai Nil

Hospital Kandang Kambing

Disko dan Salon Rambut

Gerakan Kristian


Kenya

Perjalanan ke Kenya

Kenya

National Geographic Konon

Isteri Adik Ipar

Orang Masai

Kikomba dan Mitumba


Penyesuaian Diri

Mazhab Apa?

Benda Busuk Itu

Menu Makanan

Soalan Encik Suami

Soalan Orang Malaysia

Soalan Pegawai Jabatan Agama

Konsultan Perkahwinan

Carta Aliran Kahwin

Masalah Berkahwin dengan Orang Asing

Soalan-Soalan Pelik Buat Encik Suami

Balik Kampung Lagi

Musuh Wanita

Kalau Kau Ingin Pahala


Deep

Unik dan Pelik

Kesan Penjajahan

Membina Negara Bangsa

Antah dan Beras


No comments:

Post a Comment