Tapi..macam mana nak dapat inspirasi dan sedikit tips ya ?
Buku yang pasti takkan menghampakan traveller. Olahan cerita yang menarik oleh kedua2 penulis buku.
1) UK Aku Mai=RM 25
2) Travelog Mr Traveller= RM25
Total= RM 50 Harga Selepas Diskaun 5%= RM47.50
TOTAL BERAT BUKU: 300g+300g= 600g
Postage: *SM RM 7*
*SS RM 11*
*SINOPSIS UK AKU MAI* ( Shahkang)
" Buku ini bercerita tentang pengalaman orang Malaysia di Manchester dari sudut-sudut trivia yang jarang didendang. Ditulis dengan santai dan kasual tetapi menggarap makna yang begitu _deep_ dan _thought-provoking_. Saya suka!
-Dr Rem Dambul, Penulis
"Terasa sangat dekat dengan semua situasi yabg diceritakan dalam buku ini kerana 2 faktor: mengenali Shahkang secara peribadi dan pernah tinggal di Manchester. Namun paling menarik adalah pembaca dapat melihat situasi-situasi ini dari perspektif seorang Shahkang Sungguh, banyak pengalaman menarik yang telah direkodkan dalam buku ini. Bacaan ringan yang amat menarik.
-Ahmad Hakym bin Ahmad Hilmy, Pengasas KL Sketchnation
"Oleh sebab Shahkang biasa menulis karya kreatif, khususnya cerpen dan novel, beliau boleh bercerita dengan baik. Antara kelebihan Shahkang ialah bermain cerita /kata-kata dengan sinis tetapi tidak mencederakan perasaan orang lain. Kelebihan ini turut dibawa ke tahap cerpen-cerpen satira yang pernah Shahkang hasilkan."
-Nisah Haron, Penulis
*SINOPSIS TRAVELOG MR TRAVELLER* ( Meor Farid Asyradi )
Travelog Mr Traveller adalah sebuah catatan pengembaraan nekad seorang mahasiswa menaiki kereta api seorang diri mengelilingi benua Eropah. Menempuh hampir 10,000 KM perjalanan melalui 15 buah negara dengan hanya menggunakan sekeping tiket sahaja. 50 buah kereta api digunakan dalam masa 15 hari.
Segala bentuk persediaan sebelum pengembaraan sudah diuruskan dengan baik dan rapi. Pelbagai kisah suka duka dialaminya ketika dalam perjalanan disulami kisah-kisah 'throwback'ketika mengembara di negara-negara lain.
Namun adakah perjalanan yang dilaluinya semudah seperti yang direncana dan bagaimana? Ayuh, ikuti dan rasai sendiri pengalaman yang ingin dikongsi. Pembaca akan dibawa masuk ke dalam dunia penceritaan menembusi benua dan dimensi pengembaraan. Realiti bukan mimpi atau fantasi.
No comments:
Post a Comment