![]() |
Cinta itu bukan sesuatu yang kotor.
Tapi manusia yang mengotorkannya..
Himpunan novel Habiburrahman El Shirazy dengan penulisan yang menyentuh perasaan seorang hamba.
Harga Sebenar Buku:
1) Cinta Suci Zahrana = RM 16
2) Ayat-ayat Cinta 2 = RM35.90
Total= RM 51.90 Harga Selepas Diskaun 5%= RM49.31
TOTAL BERAT BUKU: 210g+800g= 1010g
Postage: *SM RM 13*
*SS RM 23*
*SINOPSIS CINTA SUCI ZAHRANA* (Habiburrahman El Shirazy )
" Yang sudah terjadi biarlah berlalu. Diratapi bagaimanapun tidak akan kembali. Jodoh itu terkadang dikejar-kejar tidak tertangkap. Tapi terkadang tanpa dikejar datang sendiri. Yang paling penting adalah dekat dengan Allah dalam keadaan susah dan bahagia. Senang dan sedih.
Zahrana bagaikan mendapatkan suntikan darah segar. Lampu kehidupannya bercahaya semula kembali. Dalam hati dia berkata,
" Ya benar. Yang sudah terjadi biarlah berlalu. Diratapi bagaimanapun tidak akan kembali."
Sebelum pergi doktor itu berkata, " Ada nasihat sangat bagus sekali daripada Anton Chekov."
" Apa itu puan?" tanya Zahrana perlahan.
"Anton Chekov pernah menulis, suatu saat kamu perlu untuk tidak memikirkan kejayaan dan kegagalan. Jangan biar hal itu mengganggu dirimu."
Derita Zahrana ternyata tidak berhenti sampai di situ. Tanpa pengetahuannya, di rumahnya terjadi musibah kedua.
*SINOPSIS AYAT-AYAT CINTA 2* ( Habiburrahman El Shirazy)
" Konsistensi dan kualiti novel ini terjaga. Alur ceritanya meliuk-meliuk tak dapat dijangka. Deskripsinya sangat detail, kaya ilmu, sarat pengetahuan dan penuh pengalaman. Pesanannya dapat membangunkan jiwa, mampu melapangkan dada dan boleh menguatkan minda. Ayat-ayat Cinta 2 ini akan menginspirasikan para pembaca remaja dan dewasa agar mampu berorientasi kebangsaan dan berprestij Antarabangsa."
-Dr.Makmur Haji Harun ( Pensyarah Kanan FBK UPSI, Tanjong Malim)
" Ini novel cinta dan perjuangan! Cinta kemanusiaan dan perjuangan sehari-hari Fahri bersama jutaan umat Islam di barat..."
-Ganjar Widhiyoga, Calon Doktor Hubungan Antarabangsa, Durham University United Kingdom
"Jadilah mualim yang hanif, penuh cinta dan berakhlakul karimah pada sesiapa saja! Itulah pesanan kuat novel dahsyat ini."
-Fahmi Salim, M.A. Wasekjen MIUMI dan Anggota Majelis Tarjih PP, Muhammadiyyah
No comments:
Post a Comment