Friday, 21 October 2016

BEDAH BUKU#2 : Suami Gay Isteri MakNyah oleh Khairul Anwar Ismail

Suami Gay Isteri MakNyah oleh Mohd Khairul Anwar Ismail
Harga: RM 18.00 SM
Penerbit: PTS Publication
Penulis: Mohd Khairul Anwar Ismail. Seorang peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya, dan juga peguam syarie Mahkamah Syariah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) dan Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang undang-undang, juga calon Ph.D di UTM.

Buku ni beli kat MPH Mid Valley bulan 3 yang lepas. Kenapa beli buku ni? Asalnya nak cari rujukan untuk assignment IRK,kami dapat tajuk Transgender. Tambah pulak tajuknya menarik "suami gay, isteri maknyah". Cliche kan tajuk? .Sampai kawan kata, kau gila apa beli buku macam ni. Hahahhaa.  So memang nak sangat lah beli ni. 

Buku ni overall cerita pasl LGBT. Tahu kan LGBT?

Lesbian- Golongan yang dilahirkan secara biologi sebagai wanita, namun tertarik kepada wanita yang lain dari segi kecenderungan perasaan, mahupun seksualnya.
Gay- Golongan yang dilahirkan secara biologi sebagai lelaki, namun tertarik kepada lelaki yang lain dari segi kecenderungan perasaan, mahupun seksualnya.
Biseksual- Seorang yang mempunyai kecenderungan emosi dan seksual terhadap kedua-dua jenis jantina. Ini bermaksud dia boleh menjalinkan hubungan dengan dua orang berlainan jantina dalam satu masa.
Transgender- Golongan ini mengidenditifikasikan diri mereka dengan identiti jantina pilihan mereka sendiri yang bertentangan dengan jantina semasa lahir.

Ni saya bagi definisi asas LGBT je lah. Banyak lagi definisi-definisi yang dirungkai dalam buku ini, seperti beza  orentasi seksual dan identiti gender. Juga berkaitan dengan sejarah LGBT, Gerakan LGBT di Dunia, Hak untuk golongan LGBT, dan juga memmbincangkan kedudukan LGBT di Malaysia dari segi aspek Agama, Budaya dan Undang-undang. Memang banyak dan menyeluruh. Yang menarik, ada juga dinyatakan pandangan Islam berkenaan LGBT menurut al-Quran dan Al-Sunnah dan contoh-contoh kes yang berlaku di Malaysia. Memang sangat membantu dalam memahami golongan LGBT ni.  

Jadi jika anda ada persoalan-persoalan berkenaan LGBT seperti berikut:
-Apa itu LGBT, dan perjuangan mereka?
-Kononnya ada orang yang jiwanya perempuan tetapi terperangkap dalam tubuh badan lelaki, betulkah?
-Kononnya mereka ini disahkan sakit. Betulkah? Adakah jantina ketiga selain lelaki dan perempuan?
-Wujudkan kes pertukaran jantina di Malaysia yang disahkan oleh badan berkanun?
-Apakah penyelesaian terbaik bagi menangani golongan ini?

WAJIB BELI DAN BACA BUKU INI. 
MUNGKIN MEREKA WUJUD DALAM KALANGAN KITA.

No comments:

Post a Comment