Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang .
Ayuh.. raih ketenangan, basahkan lidah dengan amalan zikir dan surah2 pilihan .
Buku2 amalan surah pilihan dan zikir yang mudah dibawa ke mana2.
1) Amalan-amalan Surah Pilihan, =RM 4.80
2) Doa & Zikir Harian, =RM5.50
3) Kenapa Harus Berzikir, =RM8
Total= RM 18.30
Harga Selepas Diskaun 5% = RM17.39
TOTAL BERAT BUKU: 100g+100g+200g= 400g
Postage: *SM RM 7*
*SS RM 11*
*SINOPSIS AMALAN SURAH- SURAH PILIHAN*
Al Quran diturunkan penuh dengan mukjizat dan kelebihan. Banyak lagi ilmu-ilmu yang terkandung di dalamnya masih belum kita bongkar. Setiap ayat dan surah yang diturunkan memiliki khasiat dan kelebihannya tersendiri. Dengan belajar dan membaca malah dengan mendengar bacaan Al Quran juga mendapat ganjaran daripada Allah.
Naskhah kecil ini menghimpunkan surah-surah pilihan yang boleh kita amal dan hafal. Ia mudah bawa umpama makanan minda dan jiwa yang mesti berada di dalam poket baju atau beg tangan. Himpunan surah-surah ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri bagi mereka yang mengamalkannya. Semoga hari- hari kita, lebih bermakna diisikan dengan bacaan al quran walaupun sepotong ayat.
*SINOPSIS DOA & ZIKIR SEHARIAN* ( Syeikh Alauddin Bin Yusuf Al Utaibi )
Buku ini memuatkan himpunan zikir-zikir menurut sunnah Nabi s.a.w.
*ISI KANDUNGAN*
Zikir Ketika Bangun Tidur
Doa Memakai Pakaian
Zikir Semasa Hendak Makan
Doa Orang yang Berpuasa ketika Berbuka di Suatu Kaum
Doa Masuk Bilik Mandi
Doa Masuk Rumah
Doa Naik Kenderaan
Zikir tentang Wuduk dan Azan
Zikir Mengenai Masjid
Zikir-zikir Mengenai Solat
Zikir-zikir Setelah Solat Fardhu
Zikir-zikir tentang Tidur
Zikir Pagi dan Petang
*SINOPSIS KENAPA HARUS BERZIKIR* (Dr Abdul Halim Mahmud )
" Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan tidak mengerakan suara pada waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai."
( al-a'raf: 205)
Berzikir adalah satu ibadah yang amat mudah. Ia tidak mengorbankan sedikit pun masa, tenaga dan harta kita. Dengan berzikir bukan sahaja membuat kita mengingati Allah malah Allah akan sentiasa mengingati kita. Selain itu, ia juga dapat memberi ketenteraman dan ketenangan kepada hati dan psikologi kita.
Banyak sekali khasiat dan kelebihan zikir ini kepada kita sama ada dari segi fizikal, mental dan spiritual. Buku ini memberikan kita pengetahuan dan informasi berkenaan kenapa kita harus berzikir? Semoga bacaan ini akan terus membukakan hati kita agar sentiasa mengingati Allah dan membasahkan bibir kita dengan berzikir kepada Allah.
Berminat? Pm 01121933114
No comments:
Post a Comment