Friday, 21 October 2016

BEDAH BUKU#1: Pelukis Jalanan oleh Teme Abdullah

Pelukis Jalanan oleh Teme Abdullah
Harga: RM25.00
Penerbit: Iman Publication
Genre: Anekdot


Penulis: Teme Abdullah ( nama sebenar tidak dinyatakan) seorang pelajar di salah sebuah universiti di UK dalam bidang architechure.Keseluruhannya, buku ini mengisahkan pengalaman hidup beliau. Liku-liku yang beliau hadapi sehingga berjaya bangkit menjadi seorang pelukis jalanan.


Buku ni baca dah lama. Rasanya dua bulan yang lalu. Nampak review-review kat twitter mcm best.Terus beli online. Memang tak menyesal beli !
Aku habiskan buku ni, lebih kurang sejam. Bacaan dari hati sampai ke hati. Gaya penulisan yang begitu santai tapi penuh dengan maksud tersirat. Mudah difahami. Sesuailah untuk golongan yang baru nak berjinak-jinak dengan membaca ni.

SINOPSIS
Buku ni mengisahkan tentang perjalanan seorang mahasiswa yg dikenali sebagai Teme @ Tomato ( yelah orng puteh susah nk sebut Teme so jadi Tomato. haha). Beliau asalnya pemegang biasiswa tapi disebabkan kelalaiannya terhadap dunia bisnes & hanya tersedar di saat akhir, sebelum ujian utk menentukan kelayakannya ke luar negara. Beliau hanya ketinggalan satu mata utk melayakkan diri ke luar negara. Tapi beliau nekad utk meneruskan pelajaran di luar negara dengan "self-sponsored" bermodalkan duit busines yg masih berbaki seterusnya menolak tawaran utk smbung di dalam negara. Di sanalah bermulanya jatuh bangun Teme. Bayangkan belajar sambil bekerja part-time, ada satu tahap hanya makan nasi+telur+garam selama sebulan, tak boleh nk submit online assignment sebab tak jelaskan tuition fee dlm masa yang hanya tinggal beberapa jam saja lagi dan disabotaj oleh rakan sekelas sampai hampir kena repeat sem.
Seriously, aku rasa, kalau aku duduk tempat Teme ni tak rasa boleh bertahan. Macam mana dia bertahan? Bacalah..
Pengajaran yg boleh diambil daripada buku ni.
1) Teme menunjukkan bahawa bukan hanya ada satu jalan untuk berjaya. Janganlah berputus asa bila kita tengok satu jalan dah mustahil utk dilalui. “If plan A doesn't work, the alphabet has 25 more letters"
2) Positiflah dalam setiap perkara, kadangkala marah itu tak boleh nk selesaikan masalah. Ubatnya, sabar dan kembalilah kepada Pencipta.
3) Dalam keadaan kita susah, tak bermakna kita tidak boleh memberi.
"Sungguh, bahagia itu bukanlah terbit drp harta berjuta, tetapi penghargaan kpd sekecil-kecil kurniaan yg Allah beri pada kita. Dalam keperitan, akan diselitkan kebahagiaan sekali sekala."
-TemeAbdullah-
4) Keyakinan terhadap pertolongan Allah
5) Bersyukur dan hargailah kelebihan yang kita ada. Mungkin kita pandang kelebihan kita sebagai sesuatu yang 'biasa-biasa'. Tapi itulah yang orang rasa hebat, sebab tak semua orang boleh buat. Serious, sis rasa amazing gila tengok 'sketch2' Teme ni. Dekat bahagian belakang buku ni ada satu bahagian galeri yg memaparkan lukisan-lukisan beliau sebelum dijual. Nak tengok kat ig dia pun banyak @itsteme.
"Jika terlihat kecantikan, lihatlah Penciptanya"
Belilah, buku ni memang sarat dengan motivasi, untuk mahasiswa-mahasiswa yang ada kemahuan dan cita-cita utk sambung pengajian ke luar negara, supaya dapat serap semangat si Teme ni. Takpun student-student yang mudah sangat berputus asa.
Sekian. 








No comments:

Post a Comment