Friday, 21 October 2016

BEDAH BUKU#3 : Wisdom of Near Death Experiences: How Understanding NDEs Can Help Us Live More Fully

Tajuk: Wisdom of Near Death Experiences: How Understanding NDEs Can Help Us Live More Fully




Penerbit: WATKINS PUBLISHING LONDON

Penulis: Dr Penny Sartori. Penny Sartori PhD, RGN is an expert in Near-Death Experiences and undertook the UK's first long-term prospective study. She is the author of The Near-Death Experiences of Hospitalized Intensive Care Patients: A Five Year Clinical Study and lectures both nationally and internationally. She currently teaches two courses she has written entitled Death and Dying as Spiritual Transformation and Science, Spirituality and Health at Swansea University. She lives in UK.

Buku ni aku dapat waktu pertukaran hadiah daripada one of my classmate, so tak sure harga dia. Boleh dapatkan kat kedai buku di KL Sentral. Tapi buku ni aku rasa memang meninggalkan kesan yang mendalam. Bahasa yang jelas dan mudah difahami. Okay. Buku ni cerita pasal apa? Buku ni actually research yang dijalankan oleh seorang profesor luar negara tentang 'near death experience'. Sebab aku rasa buku ni sangat best, so  post ni mungkin panjang sikit.

Dr ni buat kajian,beliau interview orang yang berjaya 'survive' daripada saat-saat kematian. Dalam erti kata lain, orang yang berjaya melepasi saat-saat kritikal dia. Dan ada juga pesakit yang dah 'mati' tapi hidup semula ( jantung dah berhenti berdegup buat seketika) atau yang sedar daripada koma. Apa yang mereka rasai dan alami sepanjang saat-saat tersebut. 

Chapter 1: The-Near Death Experience.

Dalam first chapter, diterangkan apa yang dimaksudkan dengan NDE, contoh-contoh kes dan difokuskan juga tentang komponen-komponen NDE.  Antara komponen-komponen NDE yg dilaporkan: 

-Noise
As the person 'leaves' the body they may report hearing a buzzing, whistling, humming sound or click.

-The Out-of-Body Experience (OBE)
People report suddenly being drawn upwards out of their body and finding themselves at a point close to the ceiling, above the emergency situation, looking down at themselves. 

Ada contoh tentang seorang wanita yg baru lps lepas kemalangan, di masukkan ke ruang emergency, dia mengalami kecederaan yg sangat teruk. Mula-mula, dia dapat rasa kesakitan tu, tapi tiba-tiba dia rasa badannya terapung ke atas, berdekatan dgn syiling. Segala kesakitan tiba-tiba hilang. Yang menakjubkan, dia dapat lihat dirinya dan doktor-doktor yang sedang berusaha untuk menyelamatkannya.dan lebih menarik lagi, dia dapat dengar setiap kata-kata dan perbuatan doktor dalam bilik resutasi tersebut. Bila dia menceritakan kepada doktor, memang setiap perkara yg dia' describe' memang betul-betul berlaku.  Subhanallah.

-The Tunnel/Darkness/Light 
Not all people report a tunnel. The person may be propelled very quickly through or just gently float through. At the end of the darkness is a bright light that usually gets brighter. Despite the brightness is a bright light that usually gets brighter. 



Banyak contoh yg psl dark tunnel ni. Yg aku paling ingat, ada remaja perempuan yg mengalami komplikasi waktu melahirkan anak, dia dapat rasakan dia terapung, masuk ke dalam sesuatu seakan-akan terowong yang gelap tapi dihujungnya ada satu cahaya yang sangat terang tapi tak menyakitkan mata. Di hujungnya, dia dapat lihat satu pemandangan yang sangat indah. Pohon rumput yang menghijau, langit yang membiru, taman-taman yang dipenuhi bunga-bunga yang sangat cantik dan terang warnanya, dan warna-warna itu tidak dapat dilihat di dunia. Juga ada pondok-pondok tempat berehat. Waktu ni, memang aku rasa menakjubkan, teringat tentang ciri-ciri dan nikmat syurga yang Allah nyatakan dalam surah al-Waqiah. Juga surah-surah yang lain dalam al-Quran. 

- The Life Review
During the life review living images of a person's life are literally played out and relieved from a third-person perspective. It is described people as panoramic and everything occurs at once. 

Contohnya, mereka dipaparkan dengan setiap peristiwa penting dan berbuatan yg mereka buat atau berlaku dalam hidup. Bagai ada satu LCD projector yg memarkan setiap kisah hidup kita, dalam bentul holografik. Satu persatu secara rawak. 

Bila baca ni, aku terbayang, waktu kita dibangkitkan, semua perbuatan kita akan dilayarkan semula. Semua perbutan yang kita lakukan di dunia.  Allahuakbar,

Banyak lagi komponen atau ciri-ciri NDE yang dinyatakan, macam seseorang tu nampak seorang lelaki berjanggut yg dipercayai sebagai 'Jesus' (mengikut kepercayaan mereka), yang tidak nampak dengan jelas mukanya, juga berjumpa dengan ahli keluarga atau saudara yg sudah mati. Mereka memberi nasihat dan menyatakan "its not your time yet', " you must go back", " you still have the responsible that you must finish". 


Chapter 2: The After Effects of NDE

Dalam bab ni, diceritakan kesan-kesan NDE kepada pesakit. NDE meninggalkan kesan yang jelas, kerana ia bukannya satu mimpi, kerana ia kekal dalam ingatkan. Ada yang umurnya 95 tahun masih boleh cerita satu persatu kisah NDE yang dihadapinya waktu umur 25 tahun. Ada yang selepas menghadapi NDE, menjadi tidak takut dengan kematian, sebab dia nampak nikmat selepas kematian itu. Ada yang tak boleh mendekati peralatan elektrik, ada yang rasa lebih bersemangat untuk hidup, dan ada juga yang asalnya tidak percaya hidup selepas mati dan tuhan (atheist), mula mencari agama dan banyak lagi.

Chapter 3: Childhood NDEs
Chapter 4: Cultural Variations of the NDE
Chapter 5: End-of-Life Experiences and After Death Communication
Chapter 6: Proposed Physiological and Physiological Explanations for the NDE
Chapter 7: A-Five year Prospective Study of NDE. 
Chapter 8: A Brief History of the Medication of Death
Chapter 9: Implications for A greater understanding and Acknowledgment of NDEs
Chapter 10: Conclusion

'The NDE is not really about Death but about life. It can, and has inspired others who had not had any kind of transcendent experience to carry out the massage and mandate of the light by living lives of love'
-Charles Flynn-

Banyak lagi yang dibincangkan dalam bab-bab seterusnya, NDE di kalangan kanak-kanak. NDE yang berlaku pada berlainan negara dan agama, kemungkinan faktor-faktor NDE seperti kekurangan oksigen dan gas karbon dioksida dalam badan, pengaruh dadah dan sebagainya. Kalau berminat, memang perlu baca buku ni. 

Pengajaran buku.

1) Wujudnya roh di dalam badan. 

2) Hidup selepas mati itu memang wujud.Tak boleh disangkal lagi. Adanya nikmat Syurga dan seksaan Neraka. Buatlah amalan baik selagi kita hidup sebagai bekalan di alam sana. 

3) Ajal maut sudah ditentukan Allah sejak azali. Bila tiba masa yang sepautnya, kita akan kembali kepada Allah. Maka beruntunglah sesiapa yang sering mengingati mati. 

4) Setiap amalan yang kita lakukan akan dicatat, dan ditayangkan semula di waktu kita dibangkitkan. Bertaubatlah sebelum terlambat. Sesungguhnya MATI ITU PASTI.

Sesiapa yang masih ada ragu tentang kehidupan selepas mati, WAJIB baca buku ni. Rasailah pengalaman pesakit-pesakit yang telah mengalami sesuatu yang mungkin kita rasa tidak logik.Terapung di udara melihat diri sendiri, dapat melihat dan berjumpa dengan keluarga yang sudah mati, juga 'religion figure', dengan memaparkan lebih 100 kes yang dilaporkan sebagai bukti dan contoh. Juga disertakan penerangan secara saintifik dan dari sudut akademik.


The Wisdom of Near-Death Experiences
(extended version):


.

Aku tak pasti sama ada sudah ada ilmuan islam yang mengkaji pasal ni, tapi aku harap suatu hari nanti ada salah seorang profesor beragama Islam buat kajian dan bukukan pasal ni.


#Highly Recommended



BEDAH BUKU#2 : Suami Gay Isteri MakNyah oleh Khairul Anwar Ismail

Suami Gay Isteri MakNyah oleh Mohd Khairul Anwar Ismail
Harga: RM 18.00 SM
Penerbit: PTS Publication
Penulis: Mohd Khairul Anwar Ismail. Seorang peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya, dan juga peguam syarie Mahkamah Syariah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) dan Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang undang-undang, juga calon Ph.D di UTM.

Buku ni beli kat MPH Mid Valley bulan 3 yang lepas. Kenapa beli buku ni? Asalnya nak cari rujukan untuk assignment IRK,kami dapat tajuk Transgender. Tambah pulak tajuknya menarik "suami gay, isteri maknyah". Cliche kan tajuk? .Sampai kawan kata, kau gila apa beli buku macam ni. Hahahhaa.  So memang nak sangat lah beli ni. 

Buku ni overall cerita pasl LGBT. Tahu kan LGBT?

Lesbian- Golongan yang dilahirkan secara biologi sebagai wanita, namun tertarik kepada wanita yang lain dari segi kecenderungan perasaan, mahupun seksualnya.
Gay- Golongan yang dilahirkan secara biologi sebagai lelaki, namun tertarik kepada lelaki yang lain dari segi kecenderungan perasaan, mahupun seksualnya.
Biseksual- Seorang yang mempunyai kecenderungan emosi dan seksual terhadap kedua-dua jenis jantina. Ini bermaksud dia boleh menjalinkan hubungan dengan dua orang berlainan jantina dalam satu masa.
Transgender- Golongan ini mengidenditifikasikan diri mereka dengan identiti jantina pilihan mereka sendiri yang bertentangan dengan jantina semasa lahir.

Ni saya bagi definisi asas LGBT je lah. Banyak lagi definisi-definisi yang dirungkai dalam buku ini, seperti beza  orentasi seksual dan identiti gender. Juga berkaitan dengan sejarah LGBT, Gerakan LGBT di Dunia, Hak untuk golongan LGBT, dan juga memmbincangkan kedudukan LGBT di Malaysia dari segi aspek Agama, Budaya dan Undang-undang. Memang banyak dan menyeluruh. Yang menarik, ada juga dinyatakan pandangan Islam berkenaan LGBT menurut al-Quran dan Al-Sunnah dan contoh-contoh kes yang berlaku di Malaysia. Memang sangat membantu dalam memahami golongan LGBT ni.  

Jadi jika anda ada persoalan-persoalan berkenaan LGBT seperti berikut:
-Apa itu LGBT, dan perjuangan mereka?
-Kononnya ada orang yang jiwanya perempuan tetapi terperangkap dalam tubuh badan lelaki, betulkah?
-Kononnya mereka ini disahkan sakit. Betulkah? Adakah jantina ketiga selain lelaki dan perempuan?
-Wujudkan kes pertukaran jantina di Malaysia yang disahkan oleh badan berkanun?
-Apakah penyelesaian terbaik bagi menangani golongan ini?

WAJIB BELI DAN BACA BUKU INI. 
MUNGKIN MEREKA WUJUD DALAM KALANGAN KITA.

BEDAH BUKU#1: Pelukis Jalanan oleh Teme Abdullah

Pelukis Jalanan oleh Teme Abdullah
Harga: RM25.00
Penerbit: Iman Publication
Genre: Anekdot


Penulis: Teme Abdullah ( nama sebenar tidak dinyatakan) seorang pelajar di salah sebuah universiti di UK dalam bidang architechure.Keseluruhannya, buku ini mengisahkan pengalaman hidup beliau. Liku-liku yang beliau hadapi sehingga berjaya bangkit menjadi seorang pelukis jalanan.


Buku ni baca dah lama. Rasanya dua bulan yang lalu. Nampak review-review kat twitter mcm best.Terus beli online. Memang tak menyesal beli !
Aku habiskan buku ni, lebih kurang sejam. Bacaan dari hati sampai ke hati. Gaya penulisan yang begitu santai tapi penuh dengan maksud tersirat. Mudah difahami. Sesuailah untuk golongan yang baru nak berjinak-jinak dengan membaca ni.

SINOPSIS
Buku ni mengisahkan tentang perjalanan seorang mahasiswa yg dikenali sebagai Teme @ Tomato ( yelah orng puteh susah nk sebut Teme so jadi Tomato. haha). Beliau asalnya pemegang biasiswa tapi disebabkan kelalaiannya terhadap dunia bisnes & hanya tersedar di saat akhir, sebelum ujian utk menentukan kelayakannya ke luar negara. Beliau hanya ketinggalan satu mata utk melayakkan diri ke luar negara. Tapi beliau nekad utk meneruskan pelajaran di luar negara dengan "self-sponsored" bermodalkan duit busines yg masih berbaki seterusnya menolak tawaran utk smbung di dalam negara. Di sanalah bermulanya jatuh bangun Teme. Bayangkan belajar sambil bekerja part-time, ada satu tahap hanya makan nasi+telur+garam selama sebulan, tak boleh nk submit online assignment sebab tak jelaskan tuition fee dlm masa yang hanya tinggal beberapa jam saja lagi dan disabotaj oleh rakan sekelas sampai hampir kena repeat sem.
Seriously, aku rasa, kalau aku duduk tempat Teme ni tak rasa boleh bertahan. Macam mana dia bertahan? Bacalah..
Pengajaran yg boleh diambil daripada buku ni.
1) Teme menunjukkan bahawa bukan hanya ada satu jalan untuk berjaya. Janganlah berputus asa bila kita tengok satu jalan dah mustahil utk dilalui. “If plan A doesn't work, the alphabet has 25 more letters"
2) Positiflah dalam setiap perkara, kadangkala marah itu tak boleh nk selesaikan masalah. Ubatnya, sabar dan kembalilah kepada Pencipta.
3) Dalam keadaan kita susah, tak bermakna kita tidak boleh memberi.
"Sungguh, bahagia itu bukanlah terbit drp harta berjuta, tetapi penghargaan kpd sekecil-kecil kurniaan yg Allah beri pada kita. Dalam keperitan, akan diselitkan kebahagiaan sekali sekala."
-TemeAbdullah-
4) Keyakinan terhadap pertolongan Allah
5) Bersyukur dan hargailah kelebihan yang kita ada. Mungkin kita pandang kelebihan kita sebagai sesuatu yang 'biasa-biasa'. Tapi itulah yang orang rasa hebat, sebab tak semua orang boleh buat. Serious, sis rasa amazing gila tengok 'sketch2' Teme ni. Dekat bahagian belakang buku ni ada satu bahagian galeri yg memaparkan lukisan-lukisan beliau sebelum dijual. Nak tengok kat ig dia pun banyak @itsteme.
"Jika terlihat kecantikan, lihatlah Penciptanya"
Belilah, buku ni memang sarat dengan motivasi, untuk mahasiswa-mahasiswa yang ada kemahuan dan cita-cita utk sambung pengajian ke luar negara, supaya dapat serap semangat si Teme ni. Takpun student-student yang mudah sangat berputus asa.
Sekian. 








Sinopsis Add Pahala Delete Dosa

Hasil carian imej untuk add pahala delete dosa

Oleh: Mohd Razali Kamarudin

Harga: RM 23

SINOPSIS ADD PAHALA DELETE DOSA

Kenapa aku diseksa sebegini? Aku bersolat juga'.


Tiba-tiba malaikat menjawab: 'kamu solat tapi solatmu itu tidak ikhlas'.



Buku yang memuatkan tips dan motivasi untuk pelajar dan orang muda berkenaan ibadah.


Sebuah karya mengenai amalan dan ibadah harian yang ditujukan khas untuk pelajar dan golongan muda. Perkongsian kisah dan tip yang tercatat di dalamnya amat membantu kita, yakni, orang muda untuk terus beramal walaupun hanya dengan amalan-amalan kecil sekalipun. Ia membantu kita untuk mengenal pasti adakah kita orang muda yang begitu bermotivasi dalam melakukan amal ibadah? Atau adakah kita orang muda yang hanya melakukan amal ibadah bermusim atau orang muda yang malas melakukan amal ibadah? Tepuk dada tanyalah diri. Jawapannya ada dalam hatimu wahai orang muda!




Buku & Harga

GALERI ILMU

🎁HIDAYATUSSALIKIN, RM 50
🎁 40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN, RM 55
🎁 PRAKTIKAL SOLAT SEMPURNA, RM 28
🎁 PESONA AHLI SYURGA, RM 20
🎁 LEGASI CINTA MUROBBI, RM 20
🎁 SYARAH SAFINATUNNAJA, RM 40
🎁 NAWAITU SAUMA GHADIN, RM 17
🎁 Q&A PERIHAL RASULULLAH, RM 20
🎁 KEKELIRUAN UMAT, RM 28
🎁KEKELIRUAN UMAT EDISI POKET, RM 6
🎁 KENAL UNTUK CINTA: BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH, RM 50
🎁 KUINGIN BALAS CINTAMU YA RASULULLAH, RM 40
🎁 AJARKAN AKU BERPUASA, RM 13
🎁 CUIT-CUIT USTAZ KAZIM, RM 16
🎁 DARI DENAI KAMPUNG KE PENTAS DAKWAH, RM 25
🎁 Q&A BERSAMA USTAZ KAZIM, RM 25
🎁 TOUR DE JANNAH, RM 20
🎁 JADILAH SEPERTI PU FAIZ, RM 18
🎁 SOLAT JEMAAH: PANDUAN IMAM& MAKMUM, RM 14
🎁 BACAAN AL FATIHAH YANG SEMPURNA, RM 16
🎁 Q&A PERIHAL PUASA DAN HARI RAYA, RM 20
🎁 WANITA CANTIK MASUK SYURGA, RM 21
🎁 A-Z TENTANG SOLAT, RM 60
🎁 AKU MAHU ANAKKU SUPER AL QURAN, RM 17
🎁 KUN ANTA MUADDABAN, RM 10
🎁 JEJAK SAHABAT, RM 33
🎁 HEBATNYA ZIKIR MUSTAJAB, RM 10
🎁 DOA MUSTAJAB SEPANJANG ZAMAN, RM 10
🎁 WIRID MUSTAJAB SEPANJANG ZAMAN, RM 12
🎁 MUDAHNYA AJAR ANAK SOLAT, RM17
🎁 MUDAHNYA DAPAT A, RM 12
🎁 EDISI ISTIMEWA HAJI DAN UMRAH, RM 40
🎁 DETIK ITU.. DIA MENGUJI KITA, RM 20
🎁 BILA HATI BERKATA.. BIAR HATI TERASA, RM 20
🎁 #TAKE5@PROFKAMIL, RM 15
🎁 USAHAWAN AKHIRAT, RM 26
🎁 BERSYUKUR SAAT DIUJI, RM 22
🎁 MERENUNG DIRI, RM 21
🎁#TAKE5@ROZAROSLANRM 15
🎁 BUKAN SEKADAR RESEPI, RM 35
🎁 AROMA ANTARA BENUA, RM 48
🎁 RUMAH KECIL DI JABAL UHUD, RM 34
🎁 TRAVELOG KEHIDUPAN DI SEBALIK NIQAB, RM 38
🎁 BE STRONG, RM 20
🎁 BE COOL, RM 18
🎁 KATAKAN PADA HATI, RM 19
🎁 NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR, RM 19
🎁 SATU RASA DUA HATI, RM 22.50
🎁 SERAUT RASA SELAUT RASA, RM 16
🎁 TURNING POINT, RM 20
🎁 UBAH, RM 16
🎁 SENYUMLAH, RM 21
🎁 TRANSFORMASI RAMADAN, RM 18
🎁 SUAMI HENSEM ISTERI OHSEM, RM 20
🎁 ZERO HUTANG, RM 15
🎁 KE MANA WANG ANDA, RM 20
🎁 BIJAK MENGURUS WANG, RM 25
🎁 CUKUPKAH WANG ANDA, RM 20


 *PTS

🎁 BAHTERA PENYELAMAT, RM 25
🎁 HALAL & HARAM DALAM ISLAM ( HARDCOVER), RM 100
🎁 SEJARAH UMAT ISLAM-HAMKA, RM 35
🎁 CERITERA HAJI WARTAWAN AL QURAN TUHAN KAMI DATANG, RM 25
🎁 #SOUNDDIRECT, RM 20
🎁 40 KISAH HADIS PALSU TETAPI MASYHUR, RM 20
🎁 IMAM MAHDI, RM 22
🎁 FOTOGRAFI GAYA MUKMIN, RM 17
🎁 TAKE 5!, RM 25
🎁 365 TIPS DIDIK ANAK GAYA NABI, RM 18
🎁 NASIHAT BUAT HATI, RM 10
🎁 TUN M: INILAH PERJUANGAN, RM 30
🎁 AKU NABI ISA, RM 15
🎁 LAKI AKU NEGRO, RM 15
🎁 KAU SEMBAH APA?, RM 25
🎁 ACAH-ACAH #DEEP, RM 18
🎁 I'M BACKPACKER: EUROPE, RM 25
🎁 I'M BACKPACKER: KOREA, RM 23
🎁 MOMEN2 MAT LUTHFI, RM 25
🎁 HAMKA:AYAHKU, RM 26
🎁 SEBENARNYA.., RM 20
🎁 TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK (VERSI INDIE), RM 22
🎁 TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK(VERSI ASAL), RM 20
🎁 TRAVELOG MR TRAVELLER, RM 25
🎁 UK AKU MAI, RM 25

 *DEWAN PUSTAKA FAJAR (DPF)

✏ APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM, RM 14
✏ ASAS-ASAS ISLAM, RM 16
✏ BAHTERA PENYELAMAT, RM 18
✏ DETIK-DETIK MASA DALAM KEHIDUPAN MUSLIM, RM 14
✏ FIQH AL-HARAKAH 1, RM 20
✏ FIQH AL-HARAKAH 2, RM 20
✏ FIQH AL- SIRAH 1,RM 20
✏ FIQH AL- SIRAH 2, RM 17
✏ FIQH AL- SIRAH 3, RM 18
✏ GOLONGAN YANG TERCICIR, RM 14
✏ HADITH 40 ( RUMI), RM 27
✏ HADITH 40 (JAWI), RM 25
✏ IMAN DAN KEHIDUPAN, RM 22
✏ JUNDULLAH JIHAD FI SABILILLAH, RM 15
✏ JALAN DAKWAH ANTARA KEASLIAN&PENYELEWENGAN, RM 14
✏ MANHAJ HIDUP MUSLIM, RM 17
✏ PENDIDIKAN HARAKAH ISLAMIYYAH, RM 39
✏ USRAH DAN HARAKAH, RM 14
✏ JALAN DAKWAH ANTARA QIYADAH DAN JUNDIYYAH, RM 12
✏ RISALAH TAALIM, RM 29
✏ MUKHTASAR IBN ABI JAMRAH, RM 34
✏ BEKALAN DI SEPANJANG JALAN DAKWAH, RM 20
✏ TASAWWUR ASASI GERAKAN ISLAM, RM 19
✏ AQIDAH & PERJUANGAN, RM 14
✏ ISLAM: FIKRAH, HARAKAH & DAULAH, RM
26
✏ SEORANG IBU BUKAN SEBARANGAN IBU, RM 6.50
✏ SYARAH USUL 20, RM 18
✏ MEMAHAMI PRINSIP-PRINSIP AMAL ISLAMI, RM 20
✏ AMAL JAMA'I, RM 14
✏ PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL, RM 18
✏ SURI TELADAN KEHIDUPAN PARA SAHABAT, RM 23
✏ KESATUAN AMAL ISLAMI, RM 12


NOVEL KARANGKRAF

📕 MY LOVELY TENGKU, RM 21
📕 CINTA TANPA SYARAT, RM 25
📕 SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR, RM 26
📕 HATIKU NOT FOR SALE, RM 26
📕 KABUT, RM 26
📕 CINTA BATU GILING, RM 28
📕 HOT CHOCOLATE & TEA LADY, RM 28
📕 KORBAN, RM 26
📕 QARIN, RM 23
📕 HATIKU DI HARAJUKU, RM 19.90
📕 HIJAB SANG PENCINTA, RM 19.90
📕 TOMBIRUO, RM 19.90
📕 MIKHAIL, RM 19.90
📕 SUNAN, RM 23
📕 SUTERA BIDADARI, RM 22
📕 BAGAIKAN PUTERI, RM 19.90
📕 CINTA SUFI, RM 19.90
📕 CINTA SANG RATU, RM 19.90
📕 SUNAN MUSAFIR, RM 22

AL HIDAYAH PUBLICATION

☂ BERUBAT DENGAN BUAH TAMAR, RM 8
☂ BAHAGIAKAN DIRI DALAM SATU ISTERI, RM 14
☂ ASAS-ASAS IBADAT, RM 7
☂ TIPUDAYA ORIENTALIS, ATHEIS& MISSIONARI TERHADAP ISLAM, RM 14
☂ 80 HADIS PADAHNYA KEZALIMAN MANUSIA, RM 8
☂ 40 KAEDAH MENCAPAI RUMAHTANGGA BAHAGIA, RM 8
☂ AL-QURAN SEBAGAI PANDUAN HIDUP, RM 12
☂ HIMPUNAN NAMA-NAMA SI COMEL, RM 4.50
☂ BERANI KAYA BERANI TAKWA, RM 15
☂ SIFAT SOLAT NABI, RM 15

☂ TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK DALAM AL QURAN, RM 30

Sinopsis Cerita Cinta Ahmad Ammar

Hasil carian imej untuk cerita cinta ahmad ammar

Harga: RM23

SINOPSIS CERITA CINTA AHMAD AMMAR

Ahmad Ammar, sebaris nama yang tidak dikenali semasa hayat, namun menjadi kebanggaan selepas pemergiannya. Tiada yang diinginkan melainkan sebuah syahid. Tiada yang diperlukan selain redha ALLAH dan tiada yang lebih mengujakan selain bertemu bidadari-MU di syurga abadi. Alangkah bertuah ayahanda dan bonda dapat melihat perjalanan akhir anakanda tercinta dengan sebuah pengakhiran yang baik.

Subhanallah... indahnya rencana-MU ALLAH. Benar, ia bukan kebetulan. Engkau pergi ketika membawa misi ALLAH dan Rasul. Moga jannah jua sebagai ganti. Tenanglah adinda Ammar di sana. Tabahlah duhai ibu bapa dan keluarga. Wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati. Perjuangan kita perlu diteruskan. Impian Ammar adalah realiti kita.


"Dunia biarlah berpenat..

Akhirat tempat aku berehat"

Perjuangan yang belum selesai..

Kisah Ahmad Ammar yang memberi suntikan motivasi kepada segenap golongan terutamanya golongan muda.



Sinopsis Buku Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki

Hasil carian imej untuk kerdipan bintang melayu di langit turki

Oleh: Mat Rofa Ismail

Harga: RM 35

SINOPSIS KERDIPAN BINTANG MELAYU DI LANGIT TURKI

Sejarah yang benar tidak semestinya sejarah yang rasmi. Sejarah yang rasmi pula tidak semestinya benar. Analisis dan kajian perlu dilakukan bagi memisahkan antara fakta yang sahih daripada catatan palsu.

Buku ini adalah sebuah catatan perjalanan penulis menyelusuri lipatan sejarah hebat hubungan Kerajaan Islam Turki dan Alam Melayu, yang disembunyikan!

Hubungan Turki-Melayu bukan sahaja hubungan diplomatik tetapi hubungan iman, jihad dan persaudaraan Islam. Turki sebagai pelindung umat Islam menganggap Alam Melayu sebagai sebahagian induk wilayah Islam keseluruhannya. Sejak zaman Sultan Sulaiman Agung, bahkan lebih awal, bantuan ketenteraan telah dihantar oleh Uthmaniyyah bagi membantu umat Islam Alam Melayu menentang Portugis. Kemudian, ketika pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, bantuan ketenteraan turut dihantar ke Alam Melayu bagi menentang Belanda dan British. Ramai tentera Uthmaniyyah yang berjuang di Tanah Melayu menentang Portugis dan Siam tidak pulang kembali ke Turki, sama ada mereka gugur syahid atau meneruskan kehidupan di sekitar wilayah Patani. Patani adalah penempatan Melayu yang terlepas ke tangan Siam akibat permainan politik British-Siam.

Membongkarkan sejarah hebat bangsa Melayu Islam di Tanah Melayu, buku ini bukan hanya membuka mata terhadap penipuan sejarah perkembangan Islam oleh penjajah dan tali barut mereka. Malah memahami keagungan kita melalui sejarah ini, membantu membina jati diri dan kesedaran kepada generasi hari ini bahawa mereka adalah bangsa hebat yang pernah melakar sejarah gemilang malah diiktiraf dunia, lalu kegemilangan itu wajar diteruskan.

Sinopsis Novel Imaginasi

Hasil carian imej untuk novel imaginasi

Oleh: Ramlee Awang Murshid

Harga: RM 26

SINOPSIS IMAGINASI

Mereka... tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Mereka sangat berbeza, namun penuh dengan cinta. Tiga cinta dengan tiga kata. Kelam dan suram menjadi suasana latar kehidupan masing-masing. Warna pelangi itu terlihat, cuma tidak mampu digapai. Maka impian itulah yang melonjakkan hasrat agar mimpi setiap orang tidak berubah menjadi igauan buruk.

Suhaila - Perempuan yang hidup menyendiri dalam sebuah rumah agam di ladang kelapa sawit. Pembela saka seekor singa. Dia terkurung dalam ruang lingkup yang terbatas agar kejahatan tidak terlihat sesiapa pun menerusi mata sirna kebenaran.

Kamil - Lelaki yang baru dibebaskan dari penjara. Pandangan pertama di ladang kelapa sawit telah menjebakkannya ke dalam gelora cinta Suhaila. Apakah Kamil bakal menjadi korban percintaan?

Hafiz - Pengembara eropah yang menemui cintanya di Amsterdam, Holland. Yang dicintai adalah perempuan Indonesia bernama Citra Widya, buruan dua lelaki dari negara seberang. Berjayakah Hafiz membantu Citra Widya melarikan diri ke London supaya cinta mereka terus bernyawa?

Abam - Lelaki lurus bendul. Dia seorang penjaga lembu milik Pak Budin, ayah kepada Juita. Abam sangat mencintai Juita dengan caranya yang tersendiri. Namun, cintanya ditolak Juita.

Suatu ketika, keajaiban berlaku. Juita pula berubah sebaliknya, mencintai Abam. Bagaimanapun, Abam tidak semena-mena berubah akibat dirasuk semangat saka Suhaila. Apakah cinta Juita berjaya memulihkan semangat rasuk yang menyinggahi Abam?

RAMLEE AWANG MURSHID menerapkan nilai cinta dalam IMAGINASI. Kisah ini tampak lembut di luar, tetapi keras dan gila di dalam. Berlarilah tanpa menoleh untuk menyelamatkan nyawa sendiri. Apabila cinta itu berjaya menjangkau, maka tiada jalan untuk kembali. Pembebasan hanya mampu dilakukan dengan pengorbanan yang harus dilakukan dengan tulus ikhlas. Kerana cinta itu memiliki kuasa magisnya yang tersendiri.