Friday, 21 October 2016

COMBO AL-HIDAYAH 1


Selami jiwa seorang wanita..

Yang terkadang rapuh emosinya namun tetap tabah menghadapi cabaran seharian..

Gabungan buku yang memberi inspirasi kepada semua wanita di luar sana; seorang ibu, yang berkerjaya atau yang lagi menanti kelahiran cahaya mata tak lama lagi. Dengan penulisan yang ringkas dan padat.

Harga Sebenar Buku:
1) La Tahzan Buat Para Ibu yang Hebat = RM 13

2) La Tahzan Motivasi untuk Ibu Hamil = RM8

3) La Tahzan Buat Muslimah yang Berkerjaya = RM8

Total= RM 29 Harga Selepas Diskaun 5%= RM27.55

TOTAL BERAT BUKU: 200g+200g+200g= 600g

Postage: *SM RM 7*
             *SS RM 11*

 *SINOPSIS LA TAHZAN BUAT PARA IBU YANG HEBAT* (Dr Aidh Al Qarni )

Buat para ibu yang hebat..
Hidup ini indah, maka raihlah kebahagiaan itu. Manusia tidak pernah terlepas daripada cabaran, dugaan, kesedihan, kesulitan dan kesukaran. Tanpa ini semua kita sebenarnya tidak dapat menikmati erti sejati sebuah kebahagiaan dan kegembiraan. Bergembiralah dan senyumlah kerana itu mampu mengusir sangka buruk kepada yang Maha Esa dan menerbitkan rasa redha dan syukur di setiap hati kita.

Hakikat seorang manusia bernama wanita itu begitu besar sekali peranannya. Wanita itu bagaikan kunci bagi suatu umat. Sekiranya baik kaum wanita itu maka baiklah generasinya, begitu jugalah sebaliknya jika buruk kaum wanita itu maka buruklah generasinya.

Jadilah muslimah sejati. Wanita yang sentiasa menjaga kehormatannya. Wanita yang menjunjung tinggi hak yang Maha Menciptakan. Wanita yang setia menghidupkan sunnah rasulNya. Berbahagialah dan hapuskan kesedihan itu dengan keredhaan dan kesyukuran yang mampu mengukir senyuman manis di wajah kalian.

*SINOPSIS LA TAHZAN MOTIVASI IBU HAMIL* ( Dr Aidh Al Qarni )

Dalam tempoh lebih kurang 9 bulan ini penuh dengan percampuran pelbagai perasaan dan emosi. Adakalanya disapa perasaan gembira, namun adakalanya dicuit kesedihan tiba-tiba. Adakalanya ketakutan melanda tetapi akan reda dengan belaian suami tercinta. Seringkali kerisauan dan kebimbangan mengocak ketenangan jiwa dan perasaan. Redakan ia dengan alunan ayat-ayat suci Al Quran dan sirami ia dengan percikan doa dan zikir yang penuh kedamaian.

Buat para ibu yang istimewa temui ketenangan itu di dalam berdiri, rukuk dan sujudmu. Nikmati kebahagiaan di celah-celah takbir, tasbih dan tahmidmu. Petiklah kejayaan di helaian doa dan zikirmu.

Usah bersedih, berduka dan bergundah gulana kerana Allah sentiasa ada di sisi kita. Senyuman yang paling bahagia adalah yang disertai kesyukuran. Kesedihan yang paling ringan adalah yang disertai kesabaran. Usaha yang paling gigih adalah yang disertai dengan tawakkal kepada Allah.

*SINOPSIS LA TAHZAN BUAT MUSLIMAH YANG BEKERJAYA* ( Dr Aidh Al Qarni )

Menjadi wanita solehah adalah idaman setiap muslimah kerana wanita solehah adalah sebaik-baik dan secantik-cantik perhiasan dunia, mengalahkan pergunungan emas, intan dan permata serta perhiasan dunia yang lain. Hanya wanita solehah yang mampu melahirkan generasi yang Rabbani yang akan memikul risalah Islamiah menuju puncak kejayaan.

Buat muslimah berkerjaya usah bersedih, ikhlas segala amal ibadah kerana Allah, tunaikan dan ikhlaskanlah kerana Allah. Sekiranya ada aral yang melintang di tengah perjalanan. Bermohonlah kepada Allah, mengadulah kepadaNya kerana Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.


Berminat? ws 01121933114

No comments:

Post a Comment